Wednesday, 18 December 2013

Kepentingan omega 3 semasa hamil dan breastfeed





1) Bila saya perlu mula ambil omega-3 dan untuk berapa lama?

Minyak ikan yang mengandungi Omega-3 tulen dan berkualiti tinggi perlu diamalkan sejak sebelum kehamilan berlaku. Ia seterusnya harus diamalkan ketika mengandung dan seterusya sepanjang tempoh penyusuan. Asid lemak omega-3 tidak boleh dihasilkan oleh badan. Ia perlu diperolehi melalui pemakanan atau supplemen. Oleh itu, setiap wanita yang ingin hamil sangat disyorkan untuk mula mengambil Omega-3 secukupnya bermula 6 bulan sebelum hamil lagi. Ini untuk memastikan “stok simpanan” asid lemak Omega-3 terutamanya DHA adalah mencukupi dalam badan. Maklumlah, sepanjang hamil dan menyusu “stok” DHA ini akan disalurkan secara terus-menerus kepada bayi.

2) Bolehkah saya hanya makan ikan hari-hari untuk dapatkan sumber Omega-3 ini?

Mungkin tidak, bergantung kepada ikan. FDA dan juga Environmental Protection Agency telah menasihatkan wanita yang hamil, ibu-ibu yang menyusukan anak dan anak kecil untuk mengelakkan atau mengurangkan makan beberapa jenis ikan yang dikhuatiri mengandungi logam berat dan bahan tercemar yang lain. Ini pasti menjadi masalah kepada mereka untuk mendapatkan DHA secukupnya daripada sumber ikan. Di sinilah supplemen minyak ikan yang berkualiti menjadi sumber yang sangat baik untuk mendapatkan DHA dan EPA tulen yang bebas dari bahan-bahan tersebut.

3) Apakah manfaat DHA pada bayi saya?

DHA adalah sangat penting untuk memastikan perkembangan yang optimum bagi otak, mata, sistem imun dan sistem saraf bayi. Mengambil asid lemak omega-3 sebelum kehamilan memang penting, namun jangan lupa bahawa memelihara paras kandungan DHA yang cukup sepanjang tempoh kehamilan juga tidak kurang pentingnya.  Ini kerana DHA dalam tubuh ibu akan mula merosot untuk diagihkan kepada bayi dalam kandungan. Dalam trimester ketiga akan berlaku pembentukan dan perkembangan otak bayi yang sangat pesat dan memerlukan lebih banyak DHA dari tubuh ibu. Sememangnya ia baik untuk perkembangan otak, mata, sistem imun dan sistem saraf bayi namun akan menyebabkan ibu mengalami kekurangan DHA. Kekurangan DHA pada ibu boleh membawa masalah kepada postpartum deppression. (Mungkin ibu juga kerap jadi lebih pelupa lepas bersalin kerana kurangnya DHA dalam badan ni)

4) Adakah DHA penting selepas melahirkan?

YA, selepas melahirkan tahap DHA dalam tubuh ibu tetap berada pada paras rendah kerana disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. Anak-anak sangat memerlukan DHA untuk perkembangan otak terutama pada 2 tahun pertama mereka. Menurut kajian oleh University of Kansas, bayi yang ibunya mempunyai paras DHA yang tinggi ketika melahirkannya, didapati menunjukkan daya fokus yang sangat bagus menjelang tahun kedua hidup mereka. Dalam 6 bulan pertama bayi-bayi tersebut juga didapati menunjukkan perkembangan 2 bulan lebih terkedepan berbanding ibu-ibu yang mempunyai DHA yang rendah ketika melahirkan.

credit to : http://americanpregnancy.org/firstyearoflife/PEOmega3supplements.html

No comments:

Post a Comment