Thursday, 13 June 2013

Vitamin Shaklee Untuk Ibu Hamil


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Pemakanan yang seimbang ketika hamil sangat penting bagi membekalkan nutrisi lengkap untuk ibu dan bayi yang sedang mengalami proses tumbesaran dalam rahim ibu tersebut. Di awal kehamilan pelbagai dugaan atau alahan yang dihadapi oleh ibu mengandung seperti mabuk,loya dll. Keadaan ini membuatkan ibu hamil tidak ada selera untuk makan. Jika pemakanan yang tidak seimbang di amalkan, bagaimana untuk mendapatkan nutrisi yang secukupnya?

Jadi pada masa ini pengambilan vitamin untuk wanita hamil sangat penting.

Bagi wanita hamil atau merancang untuk hamil (sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum mengandung), doktor akan sarankan pengambilan folic acid. hmm kenapa ya? kerana Folic acid boleh membantu mencegah kecacatan tiub neural (neural tube defect). Tiub neural adalah sebahagian daripada tumbesaran bayi menjadi otak dan saraf tunjang.

Selain itu, pengambilan kalsium, iron (zat besi) dan DHA juga penting ketika hamil. Anda boleh mendapatkan nutrien-nutrien ini melalui amalan makanan yang seimbang, atau sekiranya ada kekangan, dapatkannya melalui pengambilan vitamin khusus untuk wanita hamil.


Vitamin Shaklee untuk wanita hamil







Panduan makan vitamin Shaklee untuk ibu hamil 
(Panduan Am)


Vitalea - 1 ke 2 biji sehari


Vitalea adalah multivitamin jadi ibu-ibu tidak perlu mengambil multivitamin prenatal yang lain. Dilengkapi dengan zat besi dan juga 200 mg asid folik Ibu hamil yang mengalamianaemia, pening atau mudah pitam amalkan secara konsisten untuk kesihatan yang lebih baik (inshaALLAH). Wanita hamil yang mengalami masalah Hb rendah juga digalakkan mengambil Vitalea ini.

Anaemia amat berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin, oleh itu pastikan pencegahan awal dilakukan.


B Complex - 1 ke 2 biji sehari


B Complex yang lengkap dengan asid folik dan biotin (sumber b yang mahal harganya). Asid folik mustahak untuk membantu pembinaan tulang bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Pengambilan asid folik adalah sekurang-kurangnya 400 mg sehari (2 biji b complex ATAU 1 biji b complex + 1 biji Vitalea). 


Vitamin C - 1 biji sehari


Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Ia juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Vitamin C membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh badan (immune booster). Selain daripada itu,vitamin C penting untuk kadar serapan zat besi yang optima dalam tubuh kita.


Ostematrix - 4 biji sehari


Wanita hamil memerlukan kalsium sekitar 1000 mg ke 1300 mg sehari. Istimewanya Ostematrix kerana ia ia bukan sahaja kalsium, malahan lengkap dengan magnesium danvitamin D (bantu penyerapan). 1 biji Ostematrix mempunyai 250 mg kalsium. Magnesium membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang lalu menguatkannya, manakala vitamin D pula meransang penyerapan kalsium. 

Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Bagi wanita hamil pula, ia penting untuk ransangan saraf dan mengelakkan kekejangan otot ketika hamil. Kalsium juga penting untuk denyutan jantung dan tekanan darah yang stabil. Kalsium yang cukup ketika hamil amat penting kerana sekiranya bayi dalam rahim tidak mendapat bekalan kalsium yang cukup, bayi akan 'menarik' kalsium daripada ibunya, yang mana akan memberi kesan kepada ibu hamil seperti osteoporosis di kemudian hari.



Omega Guard - 1 biji sehari

Pengambilan Omega Guard Shaklee disarankan bermula pada trimester kedua dan ketiga. 

Penting untuk membantu pembentukan otak bayi daripada peringkat awal. Mengandungi DHA dan EPA yang sangat penting untuk otak dan mata bayi. Juga membantu mengawal kadar kolestrol dalam badan wanita hamil. 



ESP - 1 sudu besar sehari


Protein sangat penting untuk membina, memperbaiki dan memperbaharui sel-sel, tisu dan hormon dalam tubuh. Protein juga penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang baik dan berkualiti penting untuk kesihatan keseluruhan yang baik, kerana sel yang sihat menyerap lebih nutrien daripada sel yang tidak sihat. Bagi wanita hamil, pengambilan ESP membantu memberi tenaga terutamanya ketika mengalami alahan (kurang/tak lalu makan). 


Selain daripada itu, protein ESP ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ-organ bayi. 



No comments:

Post a Comment