Seandainya anda mengambil supplemen bagi penyususan, anda hendaklah fahan bahawa vitamin bukanlah salah satu cara untuk memperbanyakkan susu ibu.
Vitamin di ambil bagi memastikan tubuh ibu menyusu sentiasa SIHAT, BERTENAGA, CERGAS & BERSEMANGAT. Secara tidak langsung mampu membekalkan susu ibu kepada si manja.
Kejayaan penyususan adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyususan perlu difahami terlebih dahulu iaitu:
LEBIH KERAP SI MANJA DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN SUSU maka LEBIH BANYAK SUSU DIHASILKAN.
Pengambilan vitamin akan memberikan kesan yang ketara dalam dunia penyususan sekiranya anda memenuhi keperluan dibawah dengan penuh displin dan konsisten.
- si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung atau ibu yang bekerja, sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam atau tidak sehingga payudara betul-betul kosong.
- Si ibu memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang daripada 3L sehari dan memastikan tidak berdiet dalam menjayakan penyususan lengkap buat si manja.
- Si ibu juga digalakkan mendekatkan diri dengan pencipta demi meastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani yang dititikberatkan. Bagi Muslim doa dan zikir sangat digalakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi tetapi menjadi amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa, iaitu ketenanangan supaya penyusuan dapat berlansung dengan lancar.
No comments:
Post a Comment