Nilai Harian(DV) bagi vitamin C ialah 60mg. Amaun ini ditetapkan untuk mencegah kekurangan vitamin C dalam diet yang akan menyebabkan penyakit skurvi. Walau bagaimanapun, semasa piawaian ditubuhkan, pencegahan penyakit2 lain tidak diambil kira sedikitpun. Suasana telah berubah secara mendadak. Amaun yang dikehendaki untuk mencegah berbagai penyakit kanser, mengurangkan kemungkinan terjadinya penimbunan plak2 dalam arteri darah dan membantu mencegah katarak, jauh lebih tinggi dari hanya 60mg sehari!
VITAMIN C SANGAT RAPUH (FRAGILE)
1. Vitamin C larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti –malah setiap hari.
2. Vitamin C mudah dimusnahkan oleh pencemaran udara & air. Contohnya merokok sekotak boleh membakar 500 mg Vit C. walaupun kita tak merokok, kita sentiasa terdedah dengan asap rokok!
3. Mudah musnah kerana stress (tekanan ) – fisikal dan mental.
4. Vitamin C mudah teroksida oleh oksigen. Contoh makanan pemotongan sayur-sayuran, buah-buahan yg terdedah terlalu lama sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan Vit.C. Contoh lain ialah cara memasak yang terlalu lama atau dengan suhu yang tinggi.
Apa yang anda perlu lihat sebelum memilih Vitamin C?
- Ia seharusnya menyediakan kira-kira 500mg Vitamin C setiap tablet.
- Pelepasanya hendaklah berasaskan gam dan resin tumbuhan semulajadi. Ini dikenali sebagai “pelepasan berlanjutan” yang berbeza daripada “pelepasan mengikut masa”
- Ia seharusnya mengandungi kompleks bioflavoid. Bioflavoid telah pun dibuktikan dapat membantu Vitamin C dengan 2 cara iaitu meningkatkan penyerapan dan membantu Vit C melaksanakan tugas dengan lebih baik.
- Yang paling penting! Ia seharusnya diuji secara klinikal untuk memastikan penyerapannya.
No comments:
Post a Comment