Monday, 24 June 2013

Keperluan Pemakanan Kanak-kanak

pix


Untuk kanak-kanak membesar secara normal, makanan memainkan peranan yang penting. Oleh itu, ibu bapa perlulah tahu apa yang diperlukan oleh anak-anak mereka. Bagi membantu ibu bapa, bersama-sama ini disenaraikan lima perkara penting tentang keperluan pemakanan anak yang ibu bapa perlu tahu.

1. Khasiat pemakanan daripada sumber semula jadi


Setiap makanan yang berbeza membekalkan khasiat pemakanan yang berbeza. Memberi anak makanan pelbagai jenis dalam satu-satu masa mampu membekalkan kalori, lemak, vitamin dan mineral untuk tumbesaran anak seterusnya memastikannya sentiasa sihat. Kanak-kanak memerlukan kalsium yang tinggi iaitu kira-kira 800mg sehari. Oleh yang demikian, mereka perlu makan makanan yang kaya kalsium seperti susu, keju dan dadih. Buah-buahan dan sayur-sayuran pula membekalkan vitamin A dan C. Untuk mendapatkan zat besi dan protein secukupnya, anak anda mesti mengambil daging dan kekacang. Selain itu, produk bijirin seperti roti dan bijirin sarapan pagi juga menyumbang ke arah peningkatan bekalan zat besi dan folat yang diperlukan oleh kanak-kanak.

2. Jangan sekat anak makan


Kanak-kanak perlukan lemak secukupnya supaya mereka dapat membesar dengan sihat dan mengekalkan tenaga pada tahap yang tinggi. Ketika memberi anak makan, tidak perlulah anda beri dia makanan yang rendah kalori. Misalnya, susu. Berilah anak minum susu penuh krim dan bukan yang rendah lemak melainkan atas arahan doktor. Secara umumnya, kanak-kanak perlukan 30% kalorinya daripada lemak.

Kebanyakan garis panduan keperluan khasiat pemakanan kanak-kanak bagi yang berusia di antara 1 hingga 3 tahun, mencadangkan agar mereka mengambil di antara 1000 hingga 1300 kalori setiap hari. Pakar pemakanan juga menyarankan agar kanak-kanak mendapat 16gm atau lebih protein setiap hari. Walau bagaimanpun, keperluan ini boleh berubah sekiranya anak anda terlalu kurus atau terlebih berat badan.

3. Pentingnya vitamin


Bagi memastikan perkembangan serta tumbesaran anak berada pada tahap normal, anda perlu peka tentang vitamin dan mineral yang diambilnya. Pakar pemakanan mencadangkan kanak-kanak mengambil 40mg vitamin C, 400mikrogram vitamin A, 10mg zat besi, 10mg zink dan 50 mikrogram folat setiap hari.

4. Tambah saiz hidangan


Walaupun anda mahu memastikan anak diberi makan berdasarkan keperluan pemakanan mereka yang telah digariskan, kuantiti makanan yang diambil oleh anak perlulah mengambil kira banyak aspek. Kuantiti makanan yang diambil oleh kanak-kanak ialah di antara ¼ hingga 1/3 saiz makanan orang dewasa. Selain itu, ramai juga kanak-kanak tidak suka makan tiga kali sehari. Sebenarnya, selagi anak anda mendapat cukup kalori untuk perkembangan mereka, anda tidak perlu risau.

5. Bahaya kurang khasiat pemakanan


Sekiranya anak anda tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi hariannya, dia mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan. Kanak-kanak boleh mendapat anemia sekiranya zat besi yang diambilnya tidak cukup. Kanak-kanak yang menghidapi anemia mudah rasa letih dan pucat. Selain itu, jika seseorang kanak-kanak itu kekurangan zink, deria akan terganggu. Akibatnya, mereka hilang selera makan. Sekiranya anak anda tidak makan dengan betul, perkembangan dan tumbesaran mereka turut terjejas.




Jadi, mari kita lihat ape yg ada di dalam Meal Shake ni yg dapat membantu anak-anak mendapatkan nutrisi yg cukup supaya dapat membesar dengan baik :)

1) Ada 120 kalori dalam Meal Shake Shaklee. Jika anda membuat ‘shake’ dengan susu rendah lemak, kalorinya sekitar 240 kalori. Jika anda mencampurkan mealshake dengan ‘whole milk’ anda akan mendapatkan kalori sekitar 330 kalori. 
Berdasarkan artikel diatas, Kebanyakan garis panduan keperluan khasiat pemakanan kanak-kanak bagi yang berusia di antara 1 hingga 3 tahun, mencadangkan agar mereka mengambil di antara 1000 hingga 1300 kalori setiap hari. Jadi, kanak- masih perlu diberi makanan yg disaran di atas dan lebih baik jika mengambil meal shake bersama bagi mendapatkan nutirsi yg optimum.

2) Mealshake Shaklee hanya mengandungi 0.5 g lemak , sebelum ditambah susu.

3) Ada 23gm karbohidrat dalam 1 / 4 cawan Mealshake. Untuk satu bahagian mengandungi 3gm serat. Ada 18gm gula dalam satu hidangan Mealshake. Apabila susu ditambah, tahap karbohidrat dan gula akan meningkat.


4) Untuk 1 / 4 cawan, campuran Mealshake mengandungi 7gm protein. Selepas anda mencampurkannya dengan susu, kandungan protein akan meningkat secara signifikan. Dalam beberapa kes, akan berlipat ganda, bergantung pada jenis susu anda tambah.

"Pakar pemakanan menyarankan agar kanak-kanak mendapat 16gm atau lebih protein setiap hari.   Walau bagaimanpun, keperluan ini boleh berubah sekiranya anak anda terlalu kurus atau terlebih berat badan."


5) Mealshake mengandungi 12 vitamin penting. Untuk setiap satu hidangan, anda akan mendapatkan : 
  • 25 peratus vitamin A, 
  • 30 peratus vitamin B6, 
  • 20 peratus vitamin B12, 
  • 30 peratus vitamin C, 
  • 10 peratus vitamin D, 
  • 35 peratus vitamin E, 
  • 30 peratus daripada thiamin, 
  • 10 peratus riboflavin, 
  • 35 peratus niacin, 
  • 35 peratus folat, biotin 
  • 35 peratus dan 
  • 30 peratus asid pantotenat  

daripada nilai harian

7) Ada 11 mineral penting yang ditemui dalam campuran Mealshake. Untuk satu hidangan, anda akan mendapat :
  • 20 peratus kalsium, 
  • 35 peratus daripada besi, 
  • 15 peratus daripada fosforus, 
  • 25 peratus daripada magnesium, 
  • 30 peratus zinc, 
  • 35 peratus daripada selenium, 
  • 35 peratus copper, 
  • 35 peratus manganese dan 
  • 35 peratus molibdenum. 
  • Satu bahagian juga mengandungi 80mg natrium dan 275mg kalium daripada nilai harian.
untuk pesanan atau pertanyaan, sila hubungi:
Nurul Nadiah
Shaklee Independent Distributor
ID 933152
sms/whatsapp : 012 486 6659

No comments:

Post a Comment